Post Terkini

Wednesday, December 8, 2010

Resepi Soto


Bahan2 kuah :
Ayam
Bawang merah (ditumbuk lumat)
Bawang putih (ditumbuk lumat)
Halia (ditumbuk lumat)
Garam
Kunyit (ditumbuk lumat)
Ketumbar (ditumbuk lumat)
Serai (diketuk)
Tomato

Bahan2 bergedil :
Kentang (direbus)
Daun sup
Lada hitam
Daging (dicincang)
Garam
Telur

Bahan2 sampingan:
Taugeh
Ayam goreng (disiat2 halus)
Su'un
Daun sup
Sambal kicap
Nasi impit


Cara membuat kuah soto:
1. Didihkan air anggaran untuk merebus ayam/daging. Kemudian masukkan ayam/daging
2. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi dan garam.
3. Didihkan kuah sehingga ayam/daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan serai.

*** Hmm saya xde buat anggaran.. sbb saya pun main agak2 je.. harap resepi ni dapat dijadikan panduan***

Cara membuat bergedil:
1. Tumbuk kentang yang telah direbus.
2. Masukkan lada hitam, garam, daging dan daun sup dan digaul bersama2 kentang tadi.
3. Bentukkan bulat2..Kemudian bolehla disalut dengan telur sebelum digoreng..

Akhir sekali sedia untuk dihidang bersama2 bahan sampingan..

Thankss..


**atas permintaan Pn. Azue**

1 comment:

Anonymous said...

>> hehe, thanks muzai..
>> tak sabar nk cuba kat umah, yeayyy!!