Post Terkini

Friday, July 1, 2011

1 MURID 1 SUKAN

Esok 2 Julai 2011 bertepatan 6.30 pagi haruslah memacakkan diri di padang kemerdekaan shah alam.. mengambil kehadiran anak2 sebelum memulakan acara larian serentak seluruh Malaysia pada 7.45 pagi.. dam haruslah berbangga kerana SMK Seksyen 9 tergolong dalam 10 sekolah yang akan menyertai larian peringkat daerah..
Kali ni penglibatan pelajar nampak menggalakkan.. 1 KRK 4 pun bila ditanya agak ramai yang memberi jawapan positif untuk menghadirkan diri dalam larian ini. Mungkin sebab telah diwar-warkan bahawa setiap murid akan mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan sekaligus dapat menyumbang markah sebanyak 17 (nilai tertinggi) dalam pemarkahan aktiviti kokurikulum.
Larian ini juga mensasarkan sebanyak 4 juta pelajar seluruh Malaysia dan akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records..so sama2la kite melihat matlamat ini tercapai atau tidak.. selamat berlari untuk warga sekolah seluruh Malaysia :)

No comments: