Post Terkini

Wednesday, April 3, 2013

Bubar sudah

Parlimen dah bubar.. so lepas ni musim naik bendera parti masing2 la.. aku dah daftar undi.. tp nak mengundi... hmm tak tau lagila.. mungkin tak kot.. biar en suami je yang mengundi.. aku?? 5 tahun lagi  boleh?? skrg jadi pemerhati bebas.. sebabnya, kawasan mengundi bukan tempat aku menetap.. so lepas ni akan tukar alamat mengundi.. supaya senang nk kenal siapa adun kawasan.. supaya tahu apa penambah baikan yang telah dilaksanakan..

oh yea.. pendirian aku berbeza sket.. kalau aku nak mengundi, bukan tengok parti.. tp siapa yang memimpin..iyela,  calon2 bukan kita yang pilih, tp parti yang pilih.. so kalau parti bagus mcm mana pun tp calon yang dipilih tak berkualiti tak guna juga.. istilah org2 yang pro ngan parti masing2 mesti kata aku mcm lalang..huhu.. lantak pi lah.. yang penting aku tetap dengan pendirian aku.. sebab pada aku calon yang menjadi wakil kepada rakyat haruslah telus dan boleh dipercayai.. tak kira atas nama parti apapun..

sekiann

No comments: