Post Terkini

Friday, May 31, 2013

Ayam masak lemak cili api

Dah lama tak masak gulai ayam.. lagi-lagi versi negeri sembilan..  pernah sekali bercerita dengan member pasal buat gulai.. last-last kena gelakkan.. adehla.. sebabnya kami masak tak letak bawang, confirm x sedap.. sabo jela.. belum cuba belum tahu.. itulah kepakaran orang negeri sembilan tau..
ok nak share resepi masak lemak cili api versi orang nogori.. cuti-cuti sekolah ni bolehla main masak-masak.. kalau tidak, masak kat kedai la jawabnye.. hehehe


BAHAN-BAHAN :

1 kotak (200 ml ) santan 
5-6 ketul ayam
2-3 biji kentang
5-10 bii cili api - ditumbuk (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
1 1/2 inci kunyit hidup -ditumbuk
3 batang serai -diketuk
Air secukupnya 
Garam secukupnya
1 keping Asam keping

CARA-CARA :
  1. Masukkan air, cili api, kunyit hidup, serai dan kentang ke dalam periuk.. Masukkan juga sedikit santan. Biarkan seketika sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan ayam,garam asam keping dan juga lebihan santan. Kacau sentiasa bagi mengelakkan pecah minyak. 
  3. Setelah ayam dan kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi putih dan sawi goreng :)


No comments: