Post Terkini

Thursday, November 21, 2013

#1 Meniti penghujung fasa pertama

Pejam celik pejam celik.. owhh cepatnye masa berlalu.. Bila dikira2, ohhh tidakkkkkkkk... my angka pun dah bertambah.. InsyaAllah bulan 12 ni akan tamatlah fasa pertama dalam kehidupan berumah tangga.

Fasa pertama (1 -5 tahun perkahwinan)

Tahun pertama 

Masa ni pasangan sentiasa akan diuji dengan kewangan, emosi dan macam-macam dugaan lagilah..

Untukku, seawal perkahwinan mmg menerima ujian ni. Masa kahwin memang tengah tunggu result posting.. Risau jugak dapat kat mana. Seminggu lepas kawin, result keluar. Dapat kat negeri dan daerah kelahiran abah. Kuala Langat, Selangor.  Tapi perasaan xdelah sedih mana pun. sebab dekat ngan kampung. Owh ye, masa tu kitorg menyewa kat Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara. Memandangkan pn isteri yang memang x pandai drive, so haruslah PJJ kan. Walau x sampai 2 jam perjalanan pun azabnya Allah saje yang tahu. Encik suami pulak masa tu baru sem 2 degree.. so bila masa berjumpa tu sangatlah sekejap. Iyelah jumaat malam dia amik, Hari sabtu pukul 12 tgh smpi malam kelas. Ahad plak 7.30 pagi sampai 4 petang kelas, So malam tu hantar plak pn isteri ni balik Banting.

Dan dalam pada tu, biasala kerje gomen kan, 3 bulan pertama x dapat gaji lagi. So setiap minggu dia bekalkan RM 50 kalau x silap. Kalau salah ingat pun mungkin Rm 100.. yang pasti x lebih dari tu. So makan pun beringat je. Pernah sekali x beringat, dia pesan elok-elok suh berjimat.. Huhu sedih plak. Dan bila pergi shopping n di offer beli something, mesti kata x perlu, Sebabnye sian kat dia, susah-susah cari duit kite plak yang perabih.. So tahan je la nafsu ni.. :)

Lepas bini dah dapat gaji pulak, lain pulak cerita.. Motor en hubby dah x boleh start langsung.. Orang kata boleh jadi besi buruk je. Iyelah motor dah bertahun lama kan. Dari kakak dia ke dia plak..Masa tu nak beli motor baru pun xde duit. So pakailah kete g keje.

Bila pakai kereta plak, maintenance tinggi plak.. Asal cukup bulan je, mesti en suami message kereta buat hal. Alhamdulillah masa tu dah gaji. So duit gaji cover untuk keretala. Paling sadis ,sekali tu nak dekat sebulan kereta dia sangkut kat proton. Sebab major service ke atau rosak apa tah.. mujur masa tu  masih dalam warranty lagi. Dan dia plak terpaksa la tidur rumah kawan. menumpang ke tempat keje. n tidak berjumpalah kami sepanjang tempoh tu..   Haishhh panjang plak citer..

Mujurlah penghujung tahun 2010, tunggakan dah dapat. Campur ngan bonus en Hubby yang x seberapa, dapatlah kami beli modenas kami.. Alhamdulillah sampai sekarang masih melaksanakan khidmatnye.Dan dengan duit inilah dapat buat lesen kereta :)

No comments: