Post Terkini

Sunday, November 17, 2013

Kursus pembangunan profesionalisme berterusan (CPD)

Tempat : Port Dickson Golf & Country Club
Tarikh : 8-12 Oktober 2013

Alhamdulillah setelah hampir sebulan kursus berlangsung dapat juga menulis entry ni. Yup, aku antara salah seorang PPPS DG 41 yang wajib menghadiri kursus ini.  Kalau buat ujian pra sebelum datang sini, mmg hati ni membebel2 kata kursus ni membazir masa aku.. Iyelah dah akhir tahun, dengan nak settle PBS budak terpaksa plak g kursus. Bukan sehari tapi hampir seminggu.. Jauh plak tu.. Hmmm....

Tapi.......
Semuanya berubah setelah berkursus di sini
Kawan2 terbaik.. pengisian hebat , makanan super duper mmg 100% my taste dan paling penting fasilitator hebat2.. mmg best.. tahniah untuk semua pensyarah dari IPG Ipoh.. Anda semua telah membuka hati kami. Dari muka stress masa sampai, balik senyum lebar.. Dari handphone cikai masa datang kursus, balik terus beli handphone baru semata-mata nak wassup ngan kengkawan CPD (my team -ibnu sina).. Hahaha bayangkanlah betapa hebatnye penangan CPD. sampaikan kengkawan sekolah kata, muzai sorang je yang suka g kursus.. hehehe.. nak buat macam mana, mmg kursus ni yang terbaik.. pengisian masa yang hebat.. selalu kursus  x sabar nak habis slot, tapi kali ni kami yang tak nak slot abis..
discussion.. k.baiti n k.as

Kump 4 : Ibnu Sina
bersama pn hamidah dan dr choong


Kumpulan kami dengan hasil kerja pembentangan .
Berdiri dari kiri : Fadzlin, Kak Long, Kak As, Kak liza, K.Pijot
Duduk dari kiri :  k.baiti, me, k.nuru, k.ib n kak nani

presentation kami yang paling menonjol

me dengan hasil kerja ibnu sina

malam persembahan.. kita makan dulu

gambar blur.. celebrate birthday kak long.. sayang kak long

anugerah pelakon paling sporting kak as yang pegang
dan kami adalah kumpulan cacar marba.. krisis identiti tetapi akhirnye menjadi sangat rapat.. Alhamdulillah :)
panjang umur jumpa lagi ye :)

No comments: