Post Terkini

Monday, December 23, 2013

Dividen ASB 2013

Alhamdulillah..  2013 hampir ke penghujung.. Berita gembira buat pemegang-pemegang akaun ASB haruslah pengumuman dividen dan bonus kan. So pengumuman telahpun dibuat. Dividen sebanyak 7.7 sen dan bonus pula 1.0 sen untuk setiap unit saham.  Turun atau tidak kadar dividen yang diagihkan aku macam tak berapa nak ambil port. Yang penting ada la penambahan simpanan sendiri. 

ASB, buku ASB

Kalau ikut sejarah, aku mula menabung ASB ni sejak 2005 lagi. Bila start keje part time sebelum dapat sambung degree. Kerja kat Petronas Seksyen 20 je.. Gaji masa tu basic dalam RM800 kalau x silap. Campur ot wajib dapatlah dalam RM1200++.. tak ingat dah berapa.. Tapi masa tu tak pandai nak guna duit kan. So terdetik hati untuk buka ASB ni..

Dan kekallah buku simpanan ku ini sehingga kini. Jadi tahun ni excited sikit la nak tgk jumlah dividen kan. Jalan-jalan kat google terjumpa plak sistem untuk kira dividen. Buat je la anggaran apa pun. Formula semua dah siap. Tinggal masukkan je angka.

Kalau korang berminat nak kira dividen dan bonus korang bolehlah cuba kat sini ye. Macam aku takdelah boleh kira exact value,sebab jumlah pelaburan tak sama setiap bulan kan. buat anggaran je boleh la.. nak confirm tahun ni jom ramai-ramai update buku ye :)

No comments: