Post Terkini

Thursday, December 19, 2013

Keputusan PMR 2013 meningkat

Tahniah niners. Seramai 106 pelajar mendapat semua A dalam PMR 2013. Pencapaian terbaik berbanding tahun-tahun lepas. Alhamdulillah penutup PMR yang sangat menggembirakan buat warga guru SMK S9 memandangkan inilah kali terakhir peperiksaan PMR.

Secara peribadi, inilah first batch yang aku ajar sejak 2011. Alhamdulillah terima kasih Allah. Dengan GPS 1.73 SMK Seksyen 9 mendapat tempat ke 5 keseluruhan Petaling Perdana. Jadi keterujaan untuk mengetahui keputusan pelajar amat terasa. Sekarang ni menunggu peratus  kelulusan bagi subjek Geografi. Harap-harap turut meningkat seperti yang lain. In Sya Allah. Sebelum itu, sekolah-sekolah yang mengatasi kami ialah SAMBEST, SAMTAJ, SMK S18 dan SMK USJ12. Tahniah juga kepada mereka.

Tetapi bagi yang tidak berjaya,janganlah bersedih. PMR ni bukanlah penentu segala-galanya. Cumanya untuk mencantikkan rekod peribadi kita sepanjang persekolahan untuk ditunjuk kepada anak cucu. Buat ibu bapa di luar, janganlah bersedih. Apa yang mereka dapat, itulah kemampuan mereka. Jika elok keputusan, bantulah mereka kekalkan keputusan sebegitu, jika sebaliknye bantu mereka mencari kelebihan dalam diri mereka.

Akhir kata TAHNIAH kepada semua pelajar yang mendapat result PMR 3013

2 comments:

kelubi said...

Hebat jugak SMK S9. 106 orang tu bukan angka yang sedikit. Cikgu di sini bukan calang-calang jugak la. Tahniah!

muzai said...

Thanks. Budak budak je hebat.. Cikgu cikgi biasa2 je :)