Post Terkini

Friday, July 18, 2014

MH17 semoga bahagia disana

Allahu Akbar.. ujian bertimpa2 untuk Malaysia. sebelum ni MH370, sekarang MH17.. petunjuk apakah ini.. Ya Allah kau kuatkanlah hati keluarga mangsa2 tragedi ini Ya Allah.. dikala  Ramadan berbaki malam2 lailatul qadar kau menjemput hamba2 Mu ini.  

Kau tempatkan mereka di sisiMu yang tertinggi.. Ya Allah jika ini adalah kifarah dari kelalaian , kedustaan, kealpaan kami rakyat  Malaysia, ampunilah kami Ya Allah. Dan matikanlah kami dalam keadaan yang lumrahnya manusia kembali kepadaMu.. Ya Allah kau lindungilah negaraku jika ini adalah perbuatan khianat Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..

Al Fatihah untuk mangsa2 MH17.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Tenanglah wahai saudara saudariku di sana.. Alfatihah juga buat mangsa MH370.. walau dimana anda berada doa kami sentiasa mengiringi.. Amin..

** ajal tidak mengenal usia.. Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan bersedia Ya Allah.. penuhkanlah diri ku dengan iman, hiaskan diriku dengan iman..persiapkan lah aku untuk menerima ajalku.. Amin.**

No comments: