Post Terkini

Tuesday, October 14, 2014

Ayam goreng kunyit

Alhamdulillah.. akhirnya berasap juga dapur rumah.. Malam semalam kami makan ayam goreng kunyit ngan sayur bayam je.. Tambahan menu rendang daging air tangan bonda kesayangan ngan jeruk petai import dari kelantan..Hehe


ayam goreng kunyit
Ayam goreng kunyit
Hajat awal nak masak ayam lemon.. Tapi rasa cam leceh plak.. So buatla menu ni.. Ayam goreng kunyit ni adalah menu favourite aku time order kat kedai zaman2 study dulu.. Asal g kedai je mesti nasi goreng ayam kunyit ngan air teh o ais/ teh o limau ais / limau ais.. Tapi sekarang dah x lagi.. Menu makan dah variety.. Hahaha yang benarnya sebab dah tau memilih menu ditambah lagi wang tidak dicatu seperti dulu.. 

Oklah tanpa banyak soal.. saja nak kongsi resepi.. Ye tau, korang pun dah tau resepi ni kan.. Hehe tapi nak up kan juga penambah entry dalam blog..

BAHAN-BAHAN (2-3 orang makan) :

Dada ayam dipotong dadu 
6 tangkai cili api
1 biji bawang holland - dihiris bulat
3 biji bawang putih- didadu
Kunyit secukupnya
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMASAK : 
  1. Gaul ayam yang telah didadu dengan kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali.. Goreng ayam sehingga hampir garing dan kekuningan.. 
  2. Masukkan pula bawang, cili dan garam (jika perlu). Kacau sehingga layu dan sebati dengan ayam yang digoreng. 
  3. Sedia untuk dihidang..

ayam goreng kunyit


Ayam goreng kunyit sedap dimakan dengan nasi panas.. Kalau ratah pun sedap juga.. Hehe perangai aku la tu suka meratah. Dan paling penting ini menu paling simple dan mudah disediakan.

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2 sedap tu kak..

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer!

AnneRaini said...

menu ni menu kedai..aku jrg giler buat kat rumah..kat kedai ke makan..hehe

muzai said...

nuyui n idzwa... hehe menu simple je ni..
anne: haha menu kedai kan.. kira aku boleh buka kedai la ni.. jual ni je..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh rabu..