Post Terkini

Wednesday, October 15, 2014

Tempat bersejarah : Muzium Sultan Abu Bakar

Perjalanan tak sengaja ke Pekan ketika menghadiri perkahwinan sepupu membawa kami ke Muzium Sultan Abu Bakar. Hanya RM 5 dikenakan untuk masuk ke muzium ini manakala anak kelahiran Pahang RM 4. Untuk pelancong asing, aku tak ingat pula.

muzium sultan abu bakar
Apa kita panggil ye?? Tugu ker?? Ini yang menyambut kedatangan kami di sini..
arca kuda
Arca kuda menggunakan kayu.. 
Sejujurnya inilah penyebab untuk kedatangan kami.Walaupun menggunakan kayu, tp kuda ni nampak sangat hidup.. Di hadapan muzium pula ada arca bangau.. tp terlupa pula nak snap gambar.

Muzium Sultan Abu Bakar ni agak besar jugak.. Jenuh nak berjalan. Aku sebenarnya perlukan masa yang agak lama untuk habiskan jelajah kawasan-kawasan di sini. Tapi sebab masa tak mengizinkan, terpaksala mempercepatkan langkah ke setiap inci bilik pameran. So dekat sini aku postkan sebahagian gambar yang sempat di snap.. Banyak yang diambil menggunakan camera tak berkualiti, tapi sebahagian je aku nk tunjukkan..

galeri sejarah pahang
Bergambar di galeri "Sejarah Pahang". Di tunjukkan gambar-gambar keluarga kerabat pahang.
Antara senjata kerabat diraja


senjata melayu keris
Keris
Penunjuk arah
Muzium Sultan Abu Bakar ni setinggi dua tingkat. Tingkat pertama pula ada 2 wings. Sebelah kiri dipamerkan karya-karya kesenian Islam manakala sebelah kanan pula dipamerkan arkeologi dan sejarah masyarakat orang asli.

kebudayaan dan keseniaan pantai timur
My hubby dengan lukisan kesenian islam.
karya keseniaan islam
Antara karya disini.. Kalau diperhatikan akar-akar pokok ni ada nama Allah kan. Tapi aku kurang pasti sama ada ayat Quran atau nama Allah semata.
kesenian islam
Nampak pusaran putih tu? Itu ialah tulisan Allah ye,,
kesenian islam
Ini pun sama.. Nampak macam awan atau ombak kan.. tapi sebenanya Almaul Husna , nama-nama Allah
Dekat bilik ni aku memang sangat kagum dengan kreativiti pelukis-pelukis yang menghasilkan lukisan seumpama ini.. Tak puas duduk kat sini, tapi sayang masa suntuk tak memungkinkan kami berlama-lama di sini.


So lepas tu bergerak pula ke bahagian arkeologi dan masyarakat orang Asli.

jata negeri
Berehat sebentar bersama kit kat..
arkeologi dan masyarakat orang asli
Kami dah sampai
sewang
Salah satu alat permainan orang asli.. Caranya letakkan tapak tangan di bawah buluh dan akan menghasilkan bunyi.. Tapi jangan tanya aku macam mana bunyi terhasil ye.. Memang tak dapat nak jawab..
sewang
Sewang- alat permainan tradisional orang asli
arca
Arca orang asli


orang asli
hehe takut gak nak pegang.. Cam orang betul je rasanya. Padahal dari kayu je
orang asli
menyumpit
Kebahagian arkeologi pulak kite.  Dekat sini banyak juga artifak yang dipamerkan tapi tak termampu pulak nak ambil gambar satu-satu.. Yang best kat sini, ada game crossword puzzle tau.. Haha memang leka la kalau duk main kat sini.. Hehe tapi kalah juga akhirnya.. Masa yang diperuntukkan tamat.

gendang dongson
gendang dongson
gendang dongson


batu nisan
Batu nisan bukti kedatangan Islam di Pahang
kedatangan islam
Keterangan kedatangan Islam
Bahagian arkeologi dan orang asli ni memang best. Banyak lagi arca-arca orang asli yang dipamerkan . Artifak  pun turut ada. Yang paling best haruslah sebab ada sewang dengan crossword puzzle kan. Hehe.. oklah.. kita jumpa lagi dekat entry Muzium Sultan Abu Bakar part 2 ye. Kang post semua kat sini muak pulak korang nak baca..

2 comments:

AnneRaini said...

betullah kuda tu nmpk real...mcm dlm movie..hehe

muzai said...

hahaha.. ko tau tak sebenarnye aku cam takut je tgk.. cam hidup je rasa..