Post Terkini

Friday, January 23, 2015

Empati vs simpati

Kau tau makna empati?? tau makna simpati?? Maybe ada yang tau dan ada yang tak tau.. Ramai orang lebih mudah menunjukkan rasa simpati dari rasa empati.. Haishh kenapa plak aku timbulkan isu ni?? Pelik kan.. hahaha... Tidaklah pelik..  Aku terdetik nak tulis sebab baru je lepas berbual2 ngan akak kat sekolah.. Dah lama nak beri semangat kat dia, tapi x mampu dan x sampai hati.. Takut bila bercakap tu, terguris hati.. Situasi kami berbeza, tapi InsyaAllah perasaan dalaman kami 99% sama.. 

Dia bagitau aku, semua orang suruh dia REDHA.. korang tau kan maksud REDHA?  sampaikan dia terfikir tak REDHA kah dia dengan ketentuan Allah.. Aku paham maksud dia.. Dan aku bagitau dia, bukan akak tak REDHA.. tapi kita memerlukan masa untuk menerima keadaan yang baru.. kalau kita tak  redha mau meroyan, mau bunuh diri rasanya.. huhu tapi ayat aku tak de la macam ni masa bercakap tu..

Meh sini nak bercakap, berdasarkan pengalaman aku la.. Untuk kita menerima sesuatu yang kita sukar untuk terima ambil masa tau.. paling cepat pun dalam 3 tahun.. Untuk aku betul-betul terima keadaan aku ni, serius cakap 5 tahun ambil masa.. Orang nampak kita happy, orang tengok wahh kuatnya dia.. Hakikatnya kami tak kuat.. sangat tak kuat.. tetapi terpaksa menjadi kuat.. Dan terus terang aku cakap pada kawan aku macam tu.. Sebab apa?? supaya dia tau dan tak menyalahkan diri.. supaya dia tak terfikir lagi, "Tak Redhakah aku??" Sebab inilah yang membelengu aku dulu..



Aduiii bila bercakap pasal diri sendiri, memang banyak nak diluahkan.. Hehe stop sini jelah.. Tapi, Alhamdulillah disebabkan kekurangan diri, Allah anugerahkan kelebihan yang lain.. Perasaan empati pada orang lain. Empati yang sehingga kita tahu, kita dapat melegakan mereka walau sedikit. Bukan nasihat yang mendesak.. 

2 comments:

misskirokuza said...

aku paham :)bkn saja REDHA tp perkataan SABAR pon kadang kala boleh mengundang rasa marah kan hahahahahah biar je muzai kalau org tgk kita happy alhamdulilllah insyaallah mmg kita akan tetap happy :)

muzai said...

haha betul2.. sabar tu kengkadang boleh mendatangkan amarah.. dapat tgk cara Allah yang mengungkap sabar tu setakat bercakap ataupun memujuk kita..