Post Terkini

Thursday, June 25, 2015

Asam pedas sedap

Berkisar daripada entry aku di sini so terhasillah asam pedas sedap menepati piawaian aku dan paling penting en suami.. Bertambah nasi kami.. Alhamdulillah

asam pedas sedap
Asam pedas ikan pari

So bila dah ada pes segalanya sangat mudah..
Cara-caranya pun sangat simple.. Meh aku kasi share resepi dengan pes asam pedas..

Resepi asam pedas (2-3 orang makan)

Bahan-bahan : 

  • 4-5 sudu besar pes asam pedas
  • 4-5 potong ikan pari
  • daun kesum
  • air asam jawa ( aku letak asam keping ngan perahan jus limau nipis je sbb xde stok asam jawa)
  • tomato
  • garam secukupnya
  • air (agak2 la kuah cukup utk 2-3 org)


Cara-cara : 
Campur semua bahan kecuali ikan dan tomato .Didihkan. Kemudian masukkan ikan dan tomato. Dah masak bolehlah tunggu waktu berbuka untuk dihidang.

asam pedas
Kasi zoom sket
Maka siaplah asam pedas aku..Sangat mudah dan menjimatkan masa dan tak perlu nak beli yang segera.

2 comments:

AnneRaini said...

wah bolehlah try buat pes tp aku ni bab buat pes ni agak pemalas.. sebab selalu mmg bawang cili semua aku dh siap blender so nak masak tinggal lebur je.

muzai said...

aku plak bab2 blender yang malas..haha.. malas nk basuh blender