Post Terkini

Wednesday, November 18, 2015

PIZZA WRAP

Salam Rabu.. Ngantuk wehh,, malam tadi aku lenjan baca novel Tuan Anas Mikael sampai kul bape tah.. Nak tdo skrg takut terlajak2 kang x sampai sekolah plak..

Saje nak share menu makan malam aku minggu lepas.. Hari apa tah aku x ingat.. Saje letak kat blog nak tambah entry.. Almaklumlah blog sendu.. Ikut dan je nak tulis apa, ikut mood nak tulis bila..

So meh nak tunjuk pizza wrap aku.. Hahaha saje aku panggil piza padahai kulitnye sesuai utk buat tortilla..

Malas nak gulung2.. Aku tabur kan je atas wrap. Inti dia aku letak tomato, bawang besar, chicken fingers, daun parsley.. tu je kot ..then kacaukan dengan mayonis.. Pastu terus je letak atas wrap. Sekeping je.. Then aku taburlah ngan thousand island n sos cili . tak lupa tabus sekali ngan white pepper..

Pastu tutup semula dengan wrap lain.. So guna 2 keping je untuk makan berdua.. Hahaha.. gila diet patut cekeding.. Sebab potong gini la aku panggil pizza.. Bukan sebab letak cheese ke apa..

yang dah siap potong... Hias siket ngan daun..

Hahaha.. Ni jelah menu kitorg malam tu.. dasar bini pemalas.. selalu en somi tolong masakkan.. masakkan kat kedai..haha.. aku kalau mood rajin dan xpenat je baru ke dapur.. mesti ada combination rajin dan x penat ye.. Kalau salah satu memang x jalan.. So selalunya dua2 ni on dengan cemerlang waktu cuti sekolah je..heheh..

Oklah tu je nak cita... cuma nak  bagtau next week dah start cuti..Yeayyyyyy.... hip hip horeyyy.. Tapi nak kena get ready buat filing, streaming class, kemaskini profile bebudak...Dan mood holiday pun akan on.. yeayyy..  Sape2 yang jeles tu nasib korang la..lagipun cuti akhir tahun ni jela cuti yang cikgu2 boleh rest otak kaw-kaw punya..k. Dah stop.. Bye

2 comments:

sweet tooth said...

i pon slalu buat wrap kat umah...simple n senang kan...

Anonymous said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!