Post Terkini

Wednesday, November 2, 2016

Terapi Mata

Alhamdulillah..berkesempatan juga akhirnya nak update blog.. Kali ni nak cite pasal terapi mata.. Yeayyy walaupun rumah ni tanahnya sekangkang kera dapat gak la aku berbudi pada tanah.. Dari kecik sampai ke besar tak penah nak bercucuk tanam.. Umur 31 tahun baru la nak berjinak2 main tanah..  Mehh nak riak sikit  kebun mini belakang rumah..Bangga wehh hasil tangan sendiri menjadi..Hehehe. 


Serai
Serai ni la yang pertama sekali aku tanam..Opss bukan aku tapi en somi..Dah tanam tu tunggu seminggu tak tunas2..Dua minggu, sebulan masih tak tunas2.. Last2 aku fed up aku cabut serai tu biar je atas tanah.. Alih2 tak lama lepas tu tengok dia bertunas.. So hati berbunga2, tanam balik semula....Sekarang..inilah hasilnya..dah pun memberi khidmat bakti kepada tuannya..
daun pudina
Antara herba terawal yang aku tanam.. Ambil lebihan beli kat econsave.. Mudah tumbuh tapi memula macam hidup segan mati tak mau.. Halus je daunnya..Tapi sekarang daun dia lagi gemuk dari kedai.. Senang agak2 nak minum teh pudina, amik je kat sini.. Buat ulam pun sedapp..Berangin ke bila kau makan nasi..Tp itulah, skrg ni belakang kecik suka nau makan daun pudina ni.Stress makk..
Lemon balm
Yang ni aku beli pokoknya masa jalan2 kat IDCC.. Memula merimbun je daun.. Pastu letak kat depan ruah habis melecur daun2 nya. So skrg letak kat belakang plak...Lemon balm ni pun sedap gak kalau letak kat air teh..
Daun parsley.. Sesaje je beli sekali ngan lemon balm..Kengkonon rajin nak berwestern. Tp kengkadang aku buat ulam gak..
daun kesum
Daun yang paling susah nak tanam..Haha pada aku la. Banyak kali tanam atas tanah.. Bertunas kejap pastu mati terus.. Sekali jumpa tips kat tenet suh tanam dalam bekas bertakung.. So sebagai percubaan aku tanam kat bekas minyak.. Memula naik cantik tapi lama2 daun nye kuning2 pastu halus je .Masukkan dalam asam pedas pun tak berasa Aku geram..tawakal pindahkan dalam pasu kat atas tu.Sekarang. Alhamdulilah gemuk2 dah.. Gambar tak amik  sbb tak tersangka boleh update bloh hari ni..hehe..
daun selom
Daun selom ni asalnya tanam atas tanag.. Tapinya kuning je daun nya sentiasa.. Last2 terjumpa post daun selom ni nak kan air bertakung.. So percubaan aku tanam kat bekas minyak..Dan hasilnya....Segar bugar wehh..Daunnya pun hijau.. Syok wehh makan buat ulam.. Senang keje x yah masak sayur.. Petik2  pastu cakap..Abg kita makan ulam je ye malam ni..Hehehe.. Masak lauk je sudah..
pegaga
masa adik aku si wani pantang berulamkan daun pegaga ni..Aku amik la dalam 2-3 helai daun n rendam kat bekas.. Balik Shah Alam dah berakar pun.. So tanam la kat tanah.. 

Pokok cili.. Asalnya aku beli pokok cili..Tapi entah apa penyakit ,hidup x lama pun..Buah dia kemain banyak lagi..last2 aku buang pokoknya. buah2 yang masak tu aku biar je atas tanah. Alih2 kemain banyak anak pokok cili tumbuh.. Yang ni pun aku pindahkan ke bahagian yg luas sikit.. Tapi banyak lagi anak pokok cili keliling pokok kunyit aku.. Alhadulillah pagitadi nampak 3 biji cili sedang menunjukkan muka..Happy giler kau.tak sabar nak tunggu hasil..


Daun bawang.x yah citerla..Senang sangat nak tanam.hehe..
Depan umah aku ada tanam daun pandan ,pokok cili ngan daun kari. Tapi itulah pokok cili kat belakang dah naik tinggi dah..Tapi kat depan tu size nya sama je  berubah2 besarnya. Pokok kari pun bkn main susah nak bertunas.. Daun pandan apatah lagi.. Tak sabar nak tunggu daunnya naik panjang.. Senang kalau tetiba nak buat pengat ke, bubur ke..huhu.



Ada juga sayur cam salad lettuce aku tanam.. Tapi kemain halus daunnya.. Nak makan sendiri memang tak cukupla..so aku letak dalam bubur mira masa dia xde gigi lagi.. Benihnya ada lagi tapi nak tanam balik tu malas lah plak..Tanah pun dah x cukup..Hihi.. Daun sup pun penah beli..Tapi last2 mati2.. So skrg ni ada2 tanaman baru.. daun cekur amik dari kampung..dan pokok limau kasturi beli kat kampung.. Harap2 nya dapatlah hidup subur dan memberi manfaat pada aku anak beranak...

1 comment:

AnneRaini said...

okey ini aku jeles.. aku suka kot tanaman kg ni. sib baik umah mak aku byk so setiap kali balik kg aku angkut sume jenis dedaun dgn limau sume. guna tak guna blkg citer.. freekan.. haha